Sejarah Kartun politik

Asal-usul

A Rake's Progress, Plat 8, 1735, diperkemas oleh Hogarth pada 1763 dengan membubuh lambang Britannia[5][6]

Gambar-gambar lukisan satira oleh William Hogarth telah diiktiraf sebagai pelopor kartun politik.[7] Lukisan-lukisan beliau menggabungkan kritikan sosial dengan babak-babak lukisan yang berturutan. Antara sasaran utama satira beliau adalah amalan rasuah dalam siasah British awal abad ke-18. Antara karya satiranya yang terawal ialah Emblematical Print on the South Sea Scheme (c.1721), mengenai bencana keruntuhan pasaran saham pada tahun 1720 yang dikenali sebagai South Sea Bubble, apabila ramai orang Inggeris kerugian sejumlah dana yang besar.[8]

Karya seni Hogarth sering diiringi oleh unsur yang memupuk moral, misalnya maha karya beliau keluaran 1735 yang bertajuk A Rake's Progress. Ia terdiri daripada lapan keping gambar yang menggambarkan kehidupan semberono Tom Rakewell, seorang anak saudagar kaya yang menghabiskan semua wangnya untuk hidup mewah, dilayan oleh pekerja seks, dan berjudi, dan akhirnya tamat riwayat di Bethlem Royal Hospital.[9]

Bagaimanapun, karyanya hanya dipolitikkan secara menyeleweng, sebaliknya disanjung tinggi dari segi kesenian. George Townshend, Markuis Pertama Townshend menghasilkan antara karya-karya kartun dan karikatur politik yang lebih terang-terangan pada 1750-an.[7][10]

Perkembangan

Kartun politik mula berkembang di lewat abad ke-18, terutamanya sekitar waktu Revolusi Perancis, di bawah arahan karyawan-karyawan utamannya iaitu James Gillray dan Thomas Rowlandson. Gillray menyelami penggunaan kartun politik untuk tujuan menyindir serta membuat karikatur. Kebanyakan satiranya ditujukan terhadap George III yang mana baginda digambarkan sebagai seorang pelawak yang berlagak, tetapi kebanyakan karyanya ditujukan untuk mempersenda cita-cita Perancis Revolusi dan Napoleon. Zaman kehidupan Gillray amat sesuai untuk pertumbuhan gerakan karikatur yang hebat. Peperangan antara parti berkobar-kobar tanpa sedikit pun rasa marah; malah tokoh-tokoh bebas diajuk-ajuk di kedua-dua belah pihak. Sentuhan licik dan lucu, pengetahuan hidup, dan kecantikan seni Gillray yang bitara itu segera menjadikan beliau sebagai yang terulung antara para seniman karikatur.[11]

Dunia yang sedang dibelah-bahagikan kepada dua lingkungan pengaruh antara Pitt dan Napoleon - "barangkalinya kartun politim yang paling terkenal sepanjang zaman - ia diciplak berulang kali oleh kartunis semenjak itu." [12]

George Cruikshank menjadi kartunis peneraju pada zaman selepas Gilray (1820s-40s). Permulaan kerjayanya terkenal dengan karikatur sosial tentang kehidupan Inggeris untuk terbitan-terbitan tersohor. Beliau menjadi digeruni dengan karya-karya siasahnya yang menyelar kerabat diraja dan para ahli politik terkemuka, malah pernah 1820 supaya "tidak mengkarikaturkan Baginda" (George IV dari United Kingdom) "dalam sebarang situasi yang tidak bermoral". Antara karnya adalah satu personifikasi bagi negara Inggeris yang bergelar John Bull yang dicipta pada sekitar tahun 1790 sejajar dengan para pelukis satira British yang lain seperti James Gillray dan Thomas Rowlandson.[13]

Majalah kartunis

Seni kartun editorial dikembangkan lagi dengan penerbitan majalah berkala Punch yang diasaskan pada tahun 1841 oleh Henry Mayhew bersama Ebenezer Landells si pengukir (namun pernah terdapat majalah kartun yang terdahulu iaitu Monthly Sheet of Caricatures yang dicetak sejak tahun 1830 dan merupakan pengaruh besar kepada Punch).[14] Majalah Punch dibeli pada tahun 1842 oleh Bradbury and Evans yang memanfaatkan teknologi percetakan massa yang baru diinovasikan untuk menjulang majalah ini sebagai institusi negara yang terulung. Istilah "kartun" yang memaksudkan lukisan lucu (komik) itu dicipta oleh majalah Punch pada tahun 1843; bersempena Dewan-Dewan Parlimen yang berhiaskan mural yang berlukiskan "cartton" untuk tatapan umum; istilah "cartoon" ketika itu bermaksud lakaran awal yang disiapkan pada sekeping kadbod yang besar, atau [cartone] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) dalam bahasa Itali. Punch dengan humornya menggunakan istilah itu untuk memaksudkan lukisan politiknya, maka kelarisan kartun Punch turut melariskan istilah kartun.[4]

Kartun 'The British Lion's Vengeance...', oleh John Tenniel ekoran Pemberontakan India 1857.

Antara para pelukis yang menerbitkan Punch pada 1840-an dan 50-an ialah John Leech, Richard Doyle, John Tenniel dan Charles Keene. Kumpulan ini dikenali sebagai "The Punch Brotherhood", yang juga termasuk Charles Dickens yang menyertai Bradbury and Evans selepas meninggalkan Chapman and Hall pada tahun 1843. Para pengarang dan pelukis Punch turut menyumbang kepada satu lagi majalah sastera terbitan Bradbury and Evans yang bertajuk Once A Week (ditubuhkan 1859) sebagai balasan kepada pemergian Dickens dari Household Words.

Kartunis yang paling masyhur dan terkenal pada 1850-an dan 60-an ialah John Tenniel, iaitu ketua pelukis kartun Punch yang menyempurnakan seni karikatur dan representasi fizikal ke suatu tahap yang begitu sedikit berubah hingga ke hari ini. Dalam lima dekad berikutnya, beliau merupakan saksi sosial yang tajam mata kepada perubahan besar di negara yang berlaku ketika ini di samping teman seperjuangannya, John Leech. Majalah itu menambat hati orang awam tanpa henti; pada tahun 1857, ekoran Pemberontakan India dan kemarahan awam yang menyusul, Punch menyiarkan gambar-gambar lukisan bersifat dendam seperti "Justice" (Keadilan) dan "The British Lion's Vengeance on the Bengal Tiger" (Dendam Sang Singa British ke atas Harimau Benggala) oleh Tenniel.

Kematangan

Thomas Nast menggambarkan Tweed Ring: "Siapa curi duit rakyat?" / "Dialah itu."

Menjelang pertengahan abad ke-19, kartun politik disiarkan di kebanyakan akhbar politik di pelbagai negara untuk mengungkapkan pandangan penerbit tentang politik semasa. Antara yang paling terbilang ialah Thomas Nast di Bandaraya New York yang mengimport teknik-teknik lukisan Jerman yang serba realistik ke dalam isu-isu politik utama pada zaman Perang Saudara dan Pembinaan Semula. Nast paling terkenal dengan 160 jilid kartun editorial yang menyelar ciri-ciri kejenteraan politik Boss Tweed yang berunsur jenayah di New York City. Sebenarnya, Tweed pernah diberkas di Sepanyol apabila seorang pegawai kastam di negara itu mengecamnya dari kartun-kartun Nast.[15]

Antara kartun-kartun editorial terkemuka sepanjang zaman ialah "Join, or Die" ("Sertai atau Mati", Franklin 1754) yang menuntut perpaduan di tanah-tanah jajahan Amerika; "Der Denker-Club" ("Kelab Ahli Fikir", 1819) yang menyelar tindakan mengawasi dan menapis universiti-universiti di Jerman di bawah Dekri-Dekri Carlsbad; dan "The Goose-Step" (E. H. Shepard, 1936) tentang persenjataan semula Jerman di bawah pimpinan Hitler. "The Goose-Step" adalah antara kartun-kartun terkemuka yang mula-mula disiarkan dalam majalah Punch di UK.